Ukiran marmar Elgin
Ukiran marmar Elgin

Ukiran marmar Elgin

Ukiran marmar Elgin atau ukiran marmar Parthenon (Bahasa Yunani: Γλυπτά του Παρθενώνα, translit. Glypta ton Parthenona; Bahasa Inggeris: Parthenon Marbles atau Elgin Marbles) merupakan sekumpulan patung ukiran marmar zaman Yunani Klasik yang dikaryakan di bawah pengawasan jurubina Phidias dan para pembantunya. Mereka pada asalnya adalah sebahagian daripada kuil Parthenon dan bangunan lain di Akropolis kota Athena, Yunani.[1][2]Dari 1801 hingga 1812, duta British ke kerajaan pusat Uthmaniyah bernama Thomas Bruce, Earl Elgin ke-7 mengarahkan penyeludupan separuh tugu yang masih ada di pekarangan Parthenon serta dari Propylaia dan Erekhtheion[3] untuk dibawa ke Britain; Elgin mendakwa beliau mendapatkan kebenaran ini dari suatu titah izin rasmi (firman)[4] kurniaan kerajaan tersebut selaku penguasa Yunani pada ketika itu, tetapi surat hitam putih membuktikan kebenaran ini langsung tidak dapat ditemukan dalam arkib persuratan Uthmaniyah[5] malah dipertikaikan kesahihannya.[6]Selepas Yunani merdeka pada tahun 1832, pihak pemerintahnya memulakan kerja memulihkan dan mengembalikan karya-karya seninya yang dijarah. Pemerintah Yunani sendiri terus mendesak agar ukiran-ukiran ini dipulangkan ke Athens tidak mengira melalui cara diplomatik, politik dan undang-undang yang sah.[7] Ukiran-ukiran ini buat kini dipamerkan dalam Galeri Duveen dibina khas di Muzium British setelah dijual serah Elgin kepada pihak kerajaan tahun 1816;[8] pada sisi lainnya Muzium Akropolis menandakan jelas bahagian yang hilang dalam pameran mereka menghadap pemandangan Parthenon memperingati pemerolehan haram ini serta juga sebagai kedudukan dirancang barangan ini sekiranya dikembalikan ke tanah Yunani.[9]

Rujukan

WikiPedia: Ukiran marmar Elgin http://www.britannica.com/topic/Elgin-Marbles http://odysseus.culture.gr/a/1/12/ea126.html http://www.parthenonfrieze.gr/ http://www.parthenon.newmentor.net/illegal.htm https://www.reuters.com/article/us-britain-greece-... https://www.theacropolismuseum.gr/en/content/friez... https://archive.org/details/gri_33125008272383 https://web.archive.org/web/20090420232511/http://... https://web.archive.org/web/20201206111947/https:/... https://www.britishmuseum.org/about_us/news_and_pr...